Saturday, March 8, 2014

DOA MUSTAJAB KESUBURAN UNTUK WANITA SUPAYA SENANG HAMIL.


DOA KESUBURAN UNTUK WANITA SUPAYA SENANG HAMIL.



Salam kepada para pembaca terutama kaum wanita yang sudah berkahwin,

Wanita yang kurang subur sukar untuk mendapat cahaya mata. Ada yang sampai 7 atau 8 tahun berkahwin baru dapat menimang cahayamata. Yang selalu berusaha tapi masih belum berhasil, jangan putus asa. Ikhtiar itu penting dengan mendapat rawatan dari pegawai perubatan. Mungkin juga belum sampai masanya nak menimang cahayamata. InsyaAllah berdoalah kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat kerana mungkin anda tidak beberapa subur kerana masalah ovulasi, berat badan, usia, masalah saluran fallopia dan masalah lain-lain berkaitan organ peranakan yang tersumbat.

Rasa rendah diri dan sedih apabila melihat orang lain bermanja dan bermain dengan anak-anak mereka. Jangan putus asa dan jika terasa sunyi terutama isteri-isteri yang tidak bekerja, lakukan aktiviti atau sekurang-kurangnya peliharalah beberapa ekor kucing parsi ataupun tikus "hamster" untuk mengisi kekosongan itu semasa suami pergi kerja ataupun ambillah anak angkat dari rumah anak-anak yatim.

Doa ini diantara yang baik diamalkan kepada wanita yang kurang subur kerana beberapa faktor diatas yang disebutkan tadi. InsyaAllah dengan mengamalkan dan dengan izin-Nya boleh merubahkan segala sesuatu dari yang buruk kepada yang baik untuk wanita yang mempunyai masalah kesuburan. Yang penting keyakinan kekuasaan-Nya dalam menyembuhkan.

Cara-caranya: 

Sebelum memulakan bacaan: 

1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
5. Doa Untuk Mendapat zuriat. (setiap kali selepas solat) - Link DISINI
6. Doa Kesuburan (Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30) - 11x

Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca "Doa Kesuburan" maka ditiupkan kepada air tersebut. Minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada bahagian bawah pusat ke turun kebawah dengan air ini sebanyak tiga (3) kali sambil membaca "Doa Kesuburan". InsyaAllah pada bahagian yang bermasalah akan pulih dengan izin-Nya. Jika ada yang tersumbat maka akan terbuka saluran tersebut.


Maksudnya:

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Wasallam.

No comments:

Post a Comment