Saturday, March 8, 2014

DOA AGAR SEKELUARGA TETAP MENJALANKAN IBADAH SHOLAT



DOA AGAR SEKELUARGA TETAP MENJALANKAN IBADAH SHOLAT


Assalamualaikum para pembaca. 

Di pagi jumaat yang mulia ini agar kita dipanjangkan umur lagi untuk terus beribadat kepadaNya. Apa yang mengembirakan diri kita, adakah harta dan wang ringgit?. Tetapi jika anak-anak tidak solat dan lalai terhadap perintah Allah SWT. Hati ibubapa sangatlah sedih dan takut apabila mati nanti akan disoal oleh Allah SWT tentang tanggungjawab mendidik anak-anak? 

Walaupun seorang ayah itu seorang yang kuat beribadat. Jika anak-anaknya jauh dari Allah SWT. Pada hari akhirat nanti belum tentu lagi dia dapat masuk ke syurga jika anak-anaknya tidak beriman dan melakukan maksiat disebabkan kurang didikan agama yang diberikan kepada mereka. 

Semasa mereka kecl dahulu, hati kita cukup bahagia kerana dapat membawa mereka berjemaah di masjid dan kadang-kadang berjemaah sekeluarga di rumah. Alangkah bahagianya hati jika ini dapat diteruskan sehingga mereka dewasa.

Tapi bila anak-anak sudah meningkat dewasa dan mula membawa haluan sendiri mungkin kerana kelalaian dan kesibukan ibubapa mencari rezeki. Ini akan menyebabkan mereka mula meringankan solat dan kadang-kadang tak solat langsung. Apabila di suruh baru nak buat seperti tukul dengan pahat. Sekali ketuk sekali masuk. Tak suruh solat tak dibuat langsung oleh mereka. Asyik sibuk dengan "game" DOA,DOTA dan macam-macam lagi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 

Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu."

Ibubapa (terutamanya bapa) tidak mempunyai ruang untuk mengelak dari tanggungjawab ini. Satu tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah sendiri. Sambil mendidik anak-anak kita mengenal Allah. Marilah sama-sama kita memohonkan kepadaNya supaya anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan bersama dengan kita menjalankan ibadah shalat.

DOA AGAR SEKELUARGA TETAP MENJALANKAN IBADAH SHALAT

MaksudNya:

40. Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

41. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

No comments:

Post a Comment