Solat Berjemaah Imbangi Cas Dalam Badan....
Kajian dari sudut sains menunjukkan solat berjemaah mempunyai keistimewaannya tersendiri . Hal ini dibuktikan oleh kajian yang dilakukan oleh seorang profesor fizik Amerika terhadap solat berjemaah.
Menurut profesor tersebut, tubuh manusia terdiri daripada dua cas elektrik , iaitu cas positif dan negatif. Sewaktu melakukan aktiviti harian, keseimbangan kedua-dua cas ini akan terganggu.
Kesembangan cas ini menyebabkan manusia berasa letih dan lesu. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap yang normal.
Kajian yang dilakukan terhadap solat berjemaah mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh makmum dengan makmum yang lain menstabilkan semula cas dalam tubuh. Cas yang berlebihan dikeluarkan dari tubuh dan cas yang berkurangan ditarik ke dalam. Semakin lama pergeseran ini berlaku , semakin seimbanglah cas dalam tubuh.
Menurut profesor itu lagi, sewaktu bangun tidur , cas positif dan negatif dalam tubuh manusia hampir seimbang . Manusia hanya memerlukan sedikit sahaja lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh tercapai. Hal ini dapat dicapai dengan mendirikan solat Subuh dua rakaat secara berjemaah.
Selepas setengah hari bekerja kuat dan memerah otak, cas-cas ini kembali tidak stabil . Pertukaran cas yang lebih banyak diperlukan untuk mengembalikan kesegaran tubuh. Solat Zuhur yang didirikan sebanyak empat rakaat secara berjemaah didapati berupaya mengembalikan cas-cas ini kepada normal.
Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang . Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas . Ini menyebabkan tubuh sekali lagi kehilangan cas yang banyak . Seperti Zuhur , empat rakaat Asar yang dikerjakan dapat memberi ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama .
No comments:
Post a Comment