Doa Jika Anak Takut Berhadapan Dengan Orang
Keterangan dan Petua Beramal
Menurut Imam al-Bukhari, Ibn al-Munzir,al-Hakim dan al-Baihaqi daripada Ibn Abbas berkata bahawa doa di atas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh Nabi Ibrahim as sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad saw ketika golongan kafir menakut-nakutkan Baginda tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Baginda.
Dr.A'i Abdullah al-Qarni menjelaskan doa yang merupakan ayat 173 daripada surah Ali Imran ini menjadi satu deklarasi menyerahkan urusan kita kepada Allah, bertawakal kepada-Nya , berbaik sangka dengan kehendak-Nya dan menantikan bantuan-Nya. Itulah hasil keimanan yang berakar dalam diri seorang mukmin . Dia yakin segala yang dikehendaki Allah swt adalah terbaik buat dirinya. Dia bergantung harap sepenuhnya kepada Allah swt untuk mendapat pertolongan, perlindungan dan kasih-Nya. Apabila Ibrahim as dicampak ke dalam api, inilah bacaannya, lalu Allah menjadikan api itu bertukar menjadi sejuk dan selamat buatnya.
Ia juga turut dibacakan oleh Nabi saw bersama para sahabat apabila berhadapan dengan tentera bersekutu. Manusia tidak mampu menghadapi ujian seorang diri kerana dia diciptakan dalam keadaan lemah.
No comments:
Post a Comment