Koleksi Rahsia Doa Dan Amalan Penunduk, Pengasih, Pelaris Dan Agar Desegani

Tuesday, April 1, 2014

Transkrip komunikasi MAS MH370 didedah!


Transkrip komunikasi MH370 didedah!


KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan semalam mengeluarkan transkrip penuh komunikasi antara pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dan Menara Kawalan Udara Kuala Lumpur. Dalam satu kenyataan, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, transkrip itu turut dikongsi dengan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu dan juga media.

"Tiada petunjuk ada sebarang perkara yang tidak normal dalam transkrip itu. Pada mulanya transkrip itu diadakan sebagai sebahagian daripada siasatan polis," kata beliau dalam kenyataan lima perenggan yang dikeluarkan di sini semalam. Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan kini berada di Hawaii menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-ASEAN pertama dan beberapa acara berkaitan akan berkongsi dengan rakan sejawatannya dari ASEAN dan kerajaan Amerika Syarikat berhubung perkembangan pencarian pesawat MAS itu.

"Sebelum ini, MAS telah menyatakan bahawa siasatan awal menunjukkan suara kata-kata terakhir itu adalah daripada pembantu juruterbang," kata beliau. Hishammuddin berkata: "Polis berusaha mengesahkan keyakinan ini dan ujian forensik rakaman sebenar sedang berjalan." Beliau berkata, pasukan penyiasat antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia tetap berpendapat bahawa sehingga titik di mana pesawat itu melepasi liputan radar utama tentera, pergerakan MH370 itu konsisten dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang di dalam pesawat.

Hishammuddin juga berkata, taklimat tertutup untuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 akan diadakan di ibu negara hari ini. Kata beliau, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan MAS akan mengetuai taklimat itu, dengan moderatornya wakil khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting. "Pakar-pakar teknikal dari Malaysia, China dan Australia akan menyertai taklimat itu dan Duta Besar China di Malaysia, Huang Huikang akan menghadirinya," katanya. - Lapor kosmo.

No comments:

Post a Comment