Doa untuk anak pandai belajar ,taat ibubapa dan beramal ibadah
Doa ibubapa untuk anak-anaknya sangat makbul. Jangan
sia-siakan kemuliaan yang Allah kurniakan kepada ibubapa iaitu mustajabnya doa
ibubapa untuk anak-anak.
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah
menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi,
orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.
Rugilah bagi sesiapa yang mensia-siakan peluang ini. Setiap
ibubapa pasti mengimpikan anak-anak mereka menjadi orang-orang yang berjaya di
dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Nah, gunakan kemuliaan yang Allah kurniakan
ini untuk berdoa untuk anak-anak.
Berikut ini adalah panduan doa yang masyhur untuk anak-anak.
Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan solat:
Surah Ibrahim ayat 40-41
Ertinya " Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku
orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa
kami. Tuhanku, ampunilah aku dan ibubapaku serta sekelian sorang-orang mukmin
pada hari hisab nanti"
Doa mohon keturunan yang soleh, penyenang hati dan menjadi
orang yang bertakwa
Surah al-Furqan ayat 74
Ertinya"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari
isteri dan keturunan kami menjadi penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi
orang-orang yang bertakwa"
Doa anak taat kepada Allah
Surah Al-Baqarah (ayat 128)
Ertinya " Wahai tuhan kami, jadikanlah kami berdua ini
orang yang patuh dan berserah diri kepadaMU, dan jadikanlah di kalangan
keturunan kami umat yang patuh dan berserah diri kepadaMU, serta tunjukkanlah
kepada kami syari'at cara-cara ibadah haji kami dan terimalah taubat kami;
sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang."
Doa anak pandai belajar
Surah Anbiya ayat 79
Ertinya " Maka Kami beri Sulaiman memahami hukum yang
lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (daripada mereka berdua) Kami
berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami tundukkan
gunung-ganang dan burung-burung memuji Kami bersama-sama dengan Daud. Kami
sememangnya berkuasa melakukan semua ini."
No comments:
Post a Comment