Wednesday, April 16, 2014

DOA DIPERCEPATKAN JODOH DAN DOA MENDAPAT ISTERI YANG BAIK.



DOA DIPERCEPATKAN JODOH DAN DOA MENDAPAT ISTERI YANG BAIK.



Setiap insan ingin jodoh yang baik agar hidup berkekalan sehingga akhir hayat. Jodoh yang baik akan mendapat keturunan yang baik. InsyaAllah jika seseorang berusaha dan berdoa untuk mendapat jodoh yang dipinta nescaya Allah akan perkenankan. Jodoh bukan datang dan pergi seperti seperti angin yang lalu. Kadang-kadang berkawan dan berdating bagai nak rak kehulu dan kehilir, akhirnya berkahwin dengan orang lain. 


Yang lebih malang selepas berkahwin tidak sampai dua tahun sudah panjat pejabat agama dan akhirnya bercerai. Jika begitu mereka ini yang bercerai tidak ada jodoh ke? Tidak  pernah baca doa mendapat jodoh yang baik atau pakai tangkap muat sahaja. Tengok muka licin dan berharta, itu jodoh aku barangkali?? Tak pernah buat solat Istikharah sebelum berkahwin?. Atau pakai berserah sahaja tanpa berusaha. Nak minta perlu ada usaha iaitu doa. Doa adalah ibadah dan senjata orang-orang mukmin. 

Sekiranya kita memohon dan berusaha dengan pertolonganNya insyaAllah. Jodoh kita akan berkekalan. Sebelum ini penulis telah memasukkan DOA PENDEKAT JODOH. Kali ini DOA DIPERCEPATKAN JODOH dan DOA MENDAPAT ISTERI SOLEHAH. Biar lengkap doa ini.  



DOA DIPERCEPATKAN JODOH.



Amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu :


Ertinya:


Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (ayat 131).

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Ayat 132).

Selain itu, perbanyak membaca salawat Nabi Muhammad saw. Perbanyakkan setakat yang terdaya. Lagi banyak salawat lagi baik.  

ISTERI DAN SUAMI YANG BAIK.

Suami atau isteri yang dikahwini boleh dibimbing untuk menjadi soleh atau solehah. Sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dengan ilmu agama. Yang tidak lari dari membuat kesilapan. Boleh didoakan mereka untuk menjadi baik dari sebelumnya. Semua lelaki atau wanita yang dikahwini, kita anggap seperti kain putih yang kosong. Jika ada sedikit kekotoran perlu dicuci hanya dengan berdoa disusuli dengan hati yang ikhlas. 

Menceraikan atau memukul isteri jalan terakhir sekali jika tiada pilihan lain. Begitu juga isteri yang mendapat suami yang sedemikian. Mencari suami yang "perfect" seperti Junjungan Rasulullah saw memang susah dan sukar. Apatah lagi yang perangai macam malaikat. 

Kita disarankan untuk berusaha mendoakan yang terbaik bagi diri sendiri dengan ayat-ayat suci. DOA KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA DAN KETURUNAN selepas solat wajib begitu juga dengan doa-doa yang lain. Selepas berdoa baru tawakal dengan-Nya. InsyaAllah.

FIRMAN ALLAH SWT: 
"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152). 
Apabila doa dimakbulkan anda mendapat suami yang soleh jangan pula anda tidak ikut bersama melakukan amal ibadah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.


Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami mengejutkan suruh solat tahajud.

"Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya! Begitu juga untuk suami yang mendoakan supaya mendapatkan isteri yang soleh. Jangan membantah jika digerakkan bangun untuk solat tahajjud tengah malam. 


DOA MENDAPAT ISTERI YANG BAIK/SOLEHAH:





Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


Muga-muga diperkenankan Allah swt akan doa kita. ADAB-ADAB KETIKA BERDOA dan ADAB-ADAB SELEPAS BERDOA supaya dimakbulkan.

No comments:

Post a Comment