Tuesday, March 25, 2014

DOA MENGEMBALIKAN FITNAH KEPADA ORANG YANG MEMBUAT FITNAH.





Salam Pembaca,

Adakah anda pernah kena fitnah dengan seseorang? Memang sakit hati dan sangat geram apabila ada orang yang membuat fitnah yang bukan-bukan terhadap anda walaupun anda tidak bersalah. Fitnah lebih teruk dari pembunuhan kerana fitnahlah masyarakat boleh berpecah, rumahtangga yang dibina bertahun-tahun boleh runtuh. Persahabatan yang baik boleh terputus kerana fitnah.

Jika anda membaca doa ini, orang yang membuat fitnah kepada anda akan menerima kembali fitnahnya. Balasan kepada si pembuat fitnah ini hanya Allah SWT yang berkuasa menentukan.  Fitnah itu akan kembali terkena kepadanya balik. Bentuk balasan dari Alllah SWT bermacam-macam "Kerana orang yang dianiayai, doanya tiada hijab"Allah SWT akan memelihara anda dan membantu dimana kebenaran akan muncul kembali kepada anda.

Bacalah doa ini selepas setiap kali selepas solat selepas anda terkena fitnah. Banyak-banyak shalawat nabi dan istighfar. Kemudian berdoalah kepada Allah SWT supaya dikembalikan fitnah itu kepada orang yang membuat fitnah terhadap anda. Tak payahlah upah "spy" atau samseng nak balas dendam. Serah sahaja kepada Allah SWT yang uruskan.





Maksudnya:

(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana), serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat) dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (Neraka) dan azab seksa. 

No comments:

Post a Comment