Koleksi Rahsia Doa Dan Amalan Penunduk, Pengasih, Pelaris Dan Agar Desegani

Monday, January 13, 2014

Doa Ketika Anak Diculik , Hilang Atau Dikurung



Doa Ketika Anak Diculik dan Dikurung..

on Monday, November 12, 2012 


Keterangan dan Petua Beramal 

Daripada Abu Abdillah bin Abd.Rahman bahawa apabila Nabi Yunus as bermunajat dengan doa di atas, ketika berada di dalam perut ikan, suaranya sampai ke Arasy Allah. Malakat memberitahu Allah swt tentang doa hamba-Nya yang daif dari tempat yang asing. Lalu Allah swt bertanya kepada para malaikat yang bermaksud: "Tahukah kamu suara siapakah itu?" Malaikat berkata,"Tidak , Ya Allah." Allah swt memberitahu : "Itulah suara Yunus hamba-Ku ." 

Malaikat berkata:"Ya Allah, Engkau Maha Pengampun terhadapnya. Dia sentiasa mengingati-Mu ketika senang, maka ingatlah dia ketika dalam kesusahan." Allah menjawab yang bermaksud:"Sudah tentu." Maka Dia memerintahkan agar ikan itu membebaskan Nabi Yunus as dari perutnya. 

Menurut sebuah hadis sahih riwayat al-Tirmizi, Nabi Muhammad saw bersabd yang bermaksud :"Sesungguhnya tiada seorang muslim pun memanjatkan doa ini dalam apa keadaan sekalipun, melainkan Allah akan memperkenankannya."

No comments:

Post a Comment