Monday, January 13, 2014

ADA APA DALAM KAABAH? SAJA NAK TAHU , BACALAH.........

ADA APA DALAM KAABAH? SAJA NAK TAHU , BACALAH.........




Ada apa dalam kaabah Ya? Pasti ramai yang tertanya-tanya. Dibawah ini disenaraikan antara yang ada di dalam kaabah secara ringkasnya.

pemandangan dalam kaabah


1) Wangian yang amat harum, campuran dari kasturi, 'anbar dan 'ud yang digunakan dalam jumlah yang banyak setiap kali Ka'bah dibersihkan dan digunakan sepanjang tahun.

2) Ditutupi lantainya berwarna putih di tengah, sementara hitam di bahagian tepinya, dan menaik ke tepi sehingga setinggi 4 meter, tanpa menyentuh dinding asalnya. Adapun dinding asalnya pula setinggi 5 meter lagi selepas dari dinding tadi, dan ditutup pula dengan kain berwarna hijau atau langsir berwarna ros, dihiasi dengan Ayat Al-Quran yang ditulis dengan perak. Selain itu terdapat juga di lantainya tanda tempat sujud Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan juga multazam, di mana beliau melekatkan perut baginda yang mulia serta pipi kanan, lalu mengangkat tangan dan berdoa.

3) Terdapat 3 batang tiang kayu yang diukir dengan begitu cantik, untuk menyokong bumbung. Tingginya lebih kurang 9 meter.

4) Beberapa buah lampu pelita dari tembaga, kaca dan perak yang diukir padanya Ayat suci Al-Quran. Ia wujud sejak zaman Utsmani lagi.

5) Tangga yang dapat dipanjat sampai ke atapnya dibuat dari aluminium dan kristal.

6) Beberapa kepingan batu bekas tinggalan setiap zaman yang ada pembaikpulihan ka'bah.Selain itu kadangkala terdapat alat pengangkut ke atas (man-lift) untuk kerja-kerja pembersihan ka'bah, selain alat-alat untuk membersihkan ka'bah.




Pembersihan ka'bah yang mulia di sebelah dalam pula dilakukan sekali setahun. Pertamanya dibasuh dengan air dan sabun. Kemudian disapukan seluruh dinding dan lantainya dengan wangian dari setiap jenisnya dan dibakar bukhur yang terwangi dan terbaik.



Secara detailnya dapat dirumuskan bahawa:Di dalam Ka`bah terdapat 3 buah tiang yang dibuat daripada kayu dan besarnya kira-kira ½ meter, berwarna merah kekuningan. Menurut sejarahnya, tiang itu dipasang oleh Abdullah bin Zubair r.a. ketika beliau membangun kembali Ka`bah pada generasi yang kesepuluh pada tahun 64-65H, bertepatan dengan 683M.

Lantai Ka`bah adalah marmar putih dan hanya sedikit yang berwarna lain. Dindingnya marmar berwarna, dihiasi dengan ukiran-ukiran dan pahatan yang indah. Bahagian atas Ka`bah ditutup dengan kain sutera berwarna merah mawar, dihiasi dengan tulisan yang dengan benang putih dan bentuk huruf د(dal) atau angka lapan Arab ( yang ertinya “Mahasuci Allah dan Segala Puji Baginya, Mahasuci Allah yang Maha Agung"Di samping itu terdapat bundaran-bundaran yang masing-masing bundaran itu tertulis kata-kata yang ertinya “Wahai yang Maha Penyayang, Wahai yang Maha Kuasa, Wahai yang Banyak KurniaNya, Wahai yang Maha Suci"

Kain penutup atas Ka`bah (sitarah) dibuat pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan pada tahun 1290H. Baik pintu Ka`bah maupun pintu untuk naik ke loteng (sutuh) ditutup dengan kain sutera hitam, disulam dengan benang emas.Diantara 3 tiang besar dipasang kayu penyangga yang melintang dari utara ke selatan, tingginya kira-kira 2/3 tinggi Ka`bah. Di sana digantungkan beberapa kandil, lampu beraneka ragam dan barang-barang berharga, terbuat dari emas dan perak, hadiah yang diterima Ka`bah sejak zaman dahulu yang sudah merupakan hak milik Ka`bah.

Diriwayatkan bahawa tanduk kibasy milik Nabi Ibrahim a.s. pun dulunya disimpan di dalam Ka`bah. Namun kerana Ka`bah pernah mengalami kebakaran iaitu pada hari Sabtu tanggal 3 Rabiul Awal tahun 64H, maka tanduk kibasy itu telah menjadi abu dan sekarang tidak dapat ditemukan lagi. 


Pada dinding Ka`bah terdapat 7 buah kepingan batu mammar bertulis. Semua tulisan dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Keterangan ringkas mengenai ketujuh marmar itu adalah seperti berikut:

1.Kepingan mammar pertama dibuat pada bulan Rejab tahun 884H atas perintah Sultan Abu Nasher Faitibeik.

2.Kepingan marmar kedua dipasang pada dinding tangga Ka`abah untuk naik ke loteng dalam bentuk lima baik syair, dibuat pada tahun 1109H oleh Ahmad Beik Syeikh al-Haram Makkah.

3.Kepingan mamar ketiga dipasang pada dinding bahagian barat, di buat atas perintah Imam Besar Abu Ja`far al-mansur al-Mustanshir billah Amiril Mu`minin, tahun 629H.

4.Kepingan marmar keempat dipasang di dinding bahagian barat, di samping marmar ketiga, dibuat atas perintah Yusuf bin Umar bin Ali bin Muhammad pada tahun 680H.

5.Kepingan marmar kelima dipasang pada dinding barat, di samping marmar keempat, dibuat atas perintah Sultan Murad Khan bin Sultan Ahmad Khan pada akhir bulan Ramadan tahun 1040H.

6.Kepingan marmar keenam dipasang di samping kepingan marmar kelima, dibuat atas perintah Sultan Muhammad Khan pada tahun 1070H.

7.Kepingan marmar ketujuh dipasang berdampingan dengan kepingan marmar keenam, dibuat atas perintah Sultan Malik Abu el-Nasr Barsibari pada tahun 826H.

Semoga Allah menambahkan kemulian ka'bah dan mengurniakan kita ziarahinya setiap tahun. Amiin..

No comments:

Post a Comment