Koleksi Rahsia Doa Dan Amalan Penunduk, Pengasih, Pelaris Dan Agar Desegani

Sunday, December 22, 2013

Khasiat cincau boleh turunkan tekanan darah tinggi



Khasiat cincau boleh turunkan tekanan darah tinggi

Assalamualaikum

Baru tahu cincau banyak khasiat dan kelebihan

Pernah terbaca dalam Facebook sebelum ni, testimoni seseorang yang telah memberi ibunya makan cincau untuk menurunkan tekanan darah. Setelah mengamalkannya beberapa hari. Tekanan darahnya turun dan kembali normal. Lepas tahu, cincau juga kini menjadi makanan pilihan saya. 

Setelah google ternyata cincau juga bukan sahaja menurunkan tekanan darah tinggi tetapi banyak khasiat lain. Seperti untuk meredakan demam panas, sakit perut (mual), penyakit Vertigo, masalah sembelit, cirit birit, kolesterol, leukimia, mencegah kanser dan banyak lagi. Info lanjut di sini (sumber)

Daun yang menghasilkan cincau

Tertanya-tanya juga cincau diperbuat daripada apa? dari sumber di atas, ada gambar dan cara membuat cincau. Semoga entri ini bermanfaat buat semua.

Khasiat Daun Pegaga dan Hempedu Bumi


Daun Pegaga (Pennywort)
Cantella asiatica
  • Tonik yang baik untuk otak. Menambah daya ingatan dan menguatkan mental
  • 2-4 helai daun dimakan mentah setiap hari menguatkan otak dan mencegah tekanan perasaan
  • Membantu tidur yang nyenyak bagi mereka yang letih. Baik untuk merawat insomnia
  • Jusnya mencuci darah dan bertindak sebagai tonik
  • Bagi artritis, minum air daun pegaga setiap hari selama 2 minggu. Rehat 2-3 hari kemudian sambung semula. Anda juga boleh makan 2 helai daunnya sehari.

Hempedu Bumi (King of Bitters)
Andrographis panniculata
  • Mempunyai kesan cegah radang, bakteria dan virus. Digunakan dalam rawatan penyakit berjangkit
  • Merangsang sistem imun, melindungi daripada kanser, mencegah pembekuan darah, mengekalkan fungsi penghadaman yang baik
  • Bagi selsema, rebus 5-6 helai daunnya bersama 2 cawan air sehingga menjadi suku cawan dan minum 3 kali sehari

No comments:

Post a Comment