Wednesday, December 18, 2013

Doa Pelindung Diri



Doa Pelindung Diri

Sejak Nabi Adam mula dicipta, mereka telah mula ingkar perintah Allah. Dengan rasa sombongnya mereka enggan sujud kepada Nabi Adam. Mereka telah dilaknat oleh Allah lalu diusir keluar dari syurga. Sejak itu mereka telah berjanji kepada Allah untuk menyesatkan anak-anak Adam (manusia) sehingga hari kiamat.

Kerana bisikan dan hasutan mereka jugalah Nabi Adam telah terkeluar dari syurga. Segala usaha mereka untuk menjahamamkan anak-anak Adam berterusan hingga ke hari ini.  Maka berlakulah pelbagai fitnah dan kerosakan di atas muka bumi ini hasil perbuatan manusia yang terpedaya dengan hasutan mereka.

Allah Ta'ala telah mewahyukan kepada Rasulullah agar baginda memohon perlindungan kepada Allah dari fitnah dan bisikan syaitan dan dari kedatangan mereka ke majlis baginda. Oleh itu kita sangat digalakkan untuk bermohon kepada Allah dengan membaca doa perlindungan dari godaan syaitan.



Jika anda mempunyai bayi atau anak, eloklah dibacakan doa pelindung bayi dari gangguan syaitan.


Rasulullah sendiri pernah membacakan doa ini untuk cucu baginda (Hasan & Husain) untuk memohon perlindungan kepada Allah dari gangguan syaitan dan penyakit. Doa ini juga pernah dibaca oleh Nabi Ibrahim anaknya Ismail dan Ishaq.

Semoga anda beramal dengannya dan memperolehi manfaat. Sekian.
403

No comments:

Post a Comment