Doa Melapangkan dada dan Mudah untuk berbicara (Temuduga)
Bismillahirrahmanirrahim..
umie ingin kongsikan satu doa yang sangat mustajab (dan perlu disertai dengan keyakinan kpd Allah SWT), insyaAllah ianya dapat membantu dan mudahan dapat selalu diamalkan di dalam kehidupan kita seharian.
Doa ini sebenarnya dilafazkan oleh Nabi Musa a.s. kepada Allah SWT iaitu di dalam surah Thaha ayat 25-28, Allah SWT menceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai kisah Nabi Musa a.s.
Ertinya:
Nabi Musa a.s. mendatangi Firaun dengan tugas dakwah. Firaun yang terkenal dengan keras kepala, kejam terhadap rakyat dan bahkan menggunakan segala kekuasaannya. Firaun inilah yang perlu dihadapi oleh Nabi Musa a.s., yang juga pernah diasuh oleh Firaun. Nabi Musa a.s. meminta pertolongan kepada Allah agar urusannya menghadapi Firaun itu dipermudahkan. Nabi Musa telah membaca doa dari surah Thaha ini. Tanpa pertolongan Allah SWT tidak mungkin nabi Musa a.s. mampu bersemuka dengan pemerintah yang sangat zalim dan amat digeruni pada zaman itu.
Justeru, marilah kita sama-sama mengamalkan membaca doa di atas barangkali di waktu kita perlu:
a) membuat persembahan/pembentangan di hadapan khalayak bijak pandai atau sbgnya..
b) bersemuka dengan orang yang lebih berpangkat tinggi di pejabat (boss kita ke..) atau sbgnya..
c) menyampaikan syarahan /ceramah/ ucapan atau mengajar di sekolah/universiti dan sbgnya..
d) berhadapan dengan para panel sewaktu interview atau sbgnya...
e) sebagai ikhtiar penawar bagi anak yang lambat bercakap
f) berusaha untuk meningkat kecerdasan otak
pengalaman umie sendiri sejak dahulu mengamalkan doa ini iaitu setiap kali terpaksa menghadapi kebanyakan perkara-perkara (a-d) di atas, sungguh, Alhamdulillah ia sangat membantu dan hakikatnya pertolongan itu pastinya datang daripada Allah Rabbul Jalil.
InsyaAllah, mudahan ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaat kan oleh kita semua dan disampaikan pada rakan-rakan kita yang lain juga ye..insyaAllah.
wallahua'lam

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku, Dan mudahkanlah bagiku, tugasku, Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku."
(surah Thaha: 25-28)
Nabi Musa a.s. mendatangi Firaun dengan tugas dakwah. Firaun yang terkenal dengan keras kepala, kejam terhadap rakyat dan bahkan menggunakan segala kekuasaannya. Firaun inilah yang perlu dihadapi oleh Nabi Musa a.s., yang juga pernah diasuh oleh Firaun. Nabi Musa a.s. meminta pertolongan kepada Allah agar urusannya menghadapi Firaun itu dipermudahkan. Nabi Musa telah membaca doa dari surah Thaha ini. Tanpa pertolongan Allah SWT tidak mungkin nabi Musa a.s. mampu bersemuka dengan pemerintah yang sangat zalim dan amat digeruni pada zaman itu.
Justeru, marilah kita sama-sama mengamalkan membaca doa di atas barangkali di waktu kita perlu:
a) membuat persembahan/pembentangan di hadapan khalayak bijak pandai atau sbgnya..
b) bersemuka dengan orang yang lebih berpangkat tinggi di pejabat (boss kita ke..) atau sbgnya..
c) menyampaikan syarahan /ceramah/ ucapan atau mengajar di sekolah/universiti dan sbgnya..
d) berhadapan dengan para panel sewaktu interview atau sbgnya...
e) sebagai ikhtiar penawar bagi anak yang lambat bercakap
f) berusaha untuk meningkat kecerdasan otak
pengalaman umie sendiri sejak dahulu mengamalkan doa ini iaitu setiap kali terpaksa menghadapi kebanyakan perkara-perkara (a-d) di atas, sungguh, Alhamdulillah ia sangat membantu dan hakikatnya pertolongan itu pastinya datang daripada Allah Rabbul Jalil.
InsyaAllah, mudahan ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaat kan oleh kita semua dan disampaikan pada rakan-rakan kita yang lain juga ye..insyaAllah.
wallahua'lam
Hasbunallah wa ni'mal Wakil
No comments:
Post a Comment