Monday, December 23, 2013

Cara Mengelakkan Diri Dari Gangguan Sihir



BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARI GANGGUAN SIHIR?

Standard
sihir
Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dengan gangguan sihir. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja; orang biasa, ahli perniagaan, selebriti dan sebagainya.
Untuk mengelakkannya, kita perlu bersedia dari segi fizikal, emosi dan rohani dengan melakukan beberapa perkara ini.
Ia adakah kaedah pencegahan dan perlindungan diri daripada unsur-unsur ilmu hitam yang boleh mendekati dan memasuki tubuh badan kita.
Amalkan beberapa petua berikut dan insya-Allah anda akan dilindungi Allah daripada amalan khurafat ini.
1. Biasakan diri dengan menjaga wudhu setiap masa. Lebih afdal jika anda mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum tidur. Ini kerana wudhu tersebut boleh menjadi pendinding daripada gangguan makhluk halus dan dijaga oleh malaikat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya” Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa, ”Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci” (Riwayat At-Tabraabi dengan sanad yang baik).
Selain itu, amalan Rasulullah S.A.W iaitu membaca Surah al-Fatihah, Ayat Kursi dan al- Mua’wwizat (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas yang diulang sebanyak 3 kali sebelum tidur juga boleh dilakukan untuk menghindari gangguan jin dan syaitan serta sihir.
2. Lazimkan berzikir kepada Allah dengan membaca wirid, membaca al-Quran atau mendengar bacaan al-Quran (jika anda keuzuran). Dengan mengingati Allah, anda menyempitkan ruang untuk jin dan syaitan untuk menggoda dan mengganggu fikiran anda.
3. Berusaha meninggalkan perkara-perkara yang boleh menjerumuskan diri ke lembah maksiat seperti tidak mengunjungi kelab-kelab malam, rumah urut, melayari laman web yang melalaikan dan sebagainya. Ini kerana sekiranya kita semakin lama mengerjakan perkara-perkara yang mendatangkan dosa dan menjauhkan kita dari Allah SWT, semakin mudah jin dan syaitan itu menggangu kita.
4. Jangan meninggalkan solat dan solat berjemaah. Solat adalah tiang agama dan ia menjadi teras kepada pergantungan kita kepada Allah. Apabila solat ditinggalkan, maka sukarlah doa kita dimakbulkan oleh Allah.
Selain itu, solat berjemaah juga perlu diambil berat oleh semua Muslim. Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Sikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan mengambil peluang untuk mendampingi dan lama kelamaan ia akan berjaya mengganggu atau merasuk.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah S.A.W telah bersabda: ”Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah mendirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya” (Riwayat Abu Daud dengan sanad)
5. Jangan kerap keluar malam. Waktu malam adalah waktu kita untuk berehat setelah penat bekerja seharian. Hal ini lebih mustahak sekiranya anda mempunyai keluarga dan anak kecil. Sebaik-baiknya, berada di rumah sebelum waktu maghrib kerana waktu ini adalah masa aktif makhluk halus berkeliaran.
Sekiranya gangguan muncul dan dapat anda rasakan, bacalah Ayat Kursi sebanyak-banyaknya. Jika gangguan tidak berhenti atau berkurang, maka baca ayat 115-116 dari Surah Al-Mukminun dan calitkan sedikit minyak kasturi pada bahagian tengkuk, kedua-dua kening mata, telinga dan pelipat tangan.
Walaupun ada banyak cara seseorang itu boleh terkena gangguan sihir, namun kelima-lama amalan di atas boleh diamalkan untuk mengelakkan gangguan sihir. Hanya dengan bersandarkan harapan kepada Allah Taala serta mengerjakan amalan-amalan soleh sahaja yang boleh menjamin diri kita terhindar daripada gangguan sihir ini.

No comments:

Post a Comment