AYAT
PENUNDUK DAN AYAT PELEMBUT HATI
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
وَعَنَتِ الْوُجُوهُ لِلْحَيِّ الْقَيُّومِ وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْماً
Dan segala
muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang
Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan
hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman.
Surah Thaha:
111
وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَا يَخَافُ ظُلْماً وَلَا هَضْماً
Dan sesiapa
yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang ia beriman,
maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun
dari pahalanya.
Surah Thaha:
112
Salam keatas
semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Salawat Dan
Salam keatas Baginda SAW dan Isteri-Isteri Baginda SAW dan Sahabat-Sahabat
Baginda SAW dan Ahlul Bait, yang akan bangkit menegakkan Islam dengan Syariat
Baginda Nabi Muhammad SAW.
Segala
Pujian-Pujian hanya bagiNYA sebanyak bilangan CiptaanNYA.
Maha Suci
DIA dari kekurangan dan Kelemahan.
Maha Besar
DIA dengan segala Kebesaran dan Kemuliaan.
Ayat diatas
boleh digunakan sebagai pelembut hati dengan pelbagai cara dan guna, samada
menghembus secara lemah lembut ke wajah seseorang yang di maksudkan mahupun
membaca keatas makanan atau minuman untuk anak-anak yang nakal dan degil
ataupun kepada suami yang bengis dan bebal panas baran.
Terlebih
baik dibaca bersama sama Salawat.
No comments:
Post a Comment