AMALAN DOA PENUNDUK MUSUH YANG AJAIB
DOA PENUNDUK MUSUH
وَسَخِّرْلِى كُلَّ أَحَدٍ بِحَقِّ بِسْمِ اللهِ الرَحْمنِ الرَحِيْمِ، اللَّهُمَّ اخْضَعْ لِى كُلَّ مَن يَرَانِيْ مِنَ الجِنِّ وَالإِنْسِ وَالطَّيْرِ وَالوَحْشِ وَالـهَوَامِ
MUDAHKANLAH PADAKU WAHAI TUHAN
SETIAP SESUATU DENGAN KEBENARAN
KALIMAH ‘BASMALAH’. WAHAI TUHAN
TUNDUKKAN PADAKU SETIAP YANG MELIHATKU
DARIPADA JIN, MANUSIA DAN BURUNG,
BINATANG BUAS DAN HAIWAN BERBISA.
KELEBIHAN DAN PERINGATAN
Doa ini pernah di ajarkan oleh rasulullah saw kepada pengikut-pengikutnya. Ada dalam riwayat kitab Al-Hizbul Kabir, karangan wali Allah yang bernama Imam Ibrahim Ad-Dusuqi. Pada rangkap awal doa ini diamalkan oleh sekumpulan tarekat Al-Azkar Al-Khulwatiyah di negara Mesir . Pengarang kitab besar ini mencegah penyalahgunaan doa ini untuk tujuan selain dari untuk kebaikan dan perlindungan diri. Di tegah dari bertujuan jahat untuk mengancam orang islam yang lain terutama dalam hal membalas dendam atau menganyai sesama insan.
Jika digunakkan untuk tujuan menipu dan mempergunakan orang lain bagi kepentingan diri sendiri, maka Allah akan meletakkan nya ke serendah-rendah darjat kepada pengamalnya. Dan niat jahat itu AKAN DITERBALIKKAN kepadanya atau kesan buruk nya kepada pengamalnya. Ini adalah satu SYARAT UTAMA untuk mengamalkan doa ini. Mereka pasti akan mendapat pembalasan misteri yang tidak disangka-sangka jika niatnya tidak baik akibat dari perbuatan mereka itu, kerana Allah itu amat adil dan tidak mengianiya hambanya.
Oleh itu pergunakanlah ia untuk tujuan kebaikan insyallah kebaikan dan redha Allah juga yang akan didapat.
Izinkan mengamalkanya.
ReplyDelete